My Add

Wednesday, 10 April 2013

Guan Eng dicabar perinci kos projek terowong

PULAU PINANG, SELASA, 09 April, 2013: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendedahkan secara terperinci pecahan kos projek membina terowong dasar laut dan tiga jaringan lebuh raya di negeri ini yang bernilai RM6.3 bilion.

Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu penting memandangkan Guan Eng sebelum ini menegaskan berlaku 'salah taip' terhadap kos berkenaan dan beliau sanggup berhadapan tempias rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akibat daripada projek tersebut.

Menurut beliau, pada mulanya kos projek berkenaan dikatakan menelan belanja sebanyak RM4.08 bilion, namun Guan Eng ketika memberikan tender projek berkenaan mengumumkan kosnya mencecah RM6.3 bilion.

Bagaimanapun, jelasnya, Guan Eng selepas itu dengan bangga memberitahu kerajaan negeri dapat mengurangkan kos projek berkenaan yang sebenarnya bernilai RM8.08 bilion melalui tender terbuka yang dilakukan.

"Jelas ini semua seolah-olah satu penipuan dan apabila Pemuda BN dedahkan perbezaan kos asal yang diumumkan dan yang dimuat naik ke portal kerajaan negeri, Guan Eng mengatakan berlaku 'salah taip'.

"Sekarang ini kita mahu beliau jelaskan berapa kos sebenar bagi setiap empat projek berkenaan kerana pecahan daripada RM6.3 bilion dan RM8.08 bilion itu sampai ke hari ini tidak diperjelaskan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mendesak rakyat negeri ini supaya membuat pemilihan terbaik dalam pilihan raya umum ini bagi memastikan masa depan yang lebih cemerlang.

"Guan Eng mahukan terowong dan BN akan membangunkan pelabuhan bebas, jadi terpulanglah kepada rakyat untuk memilih," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment