My Add

Thursday, 11 April 2013

GERAKAN lancar dua klip video papar sumbangan parti

 KUALA LUMPUR, RABU, 10 April, 2013: Sempena Pilihan Raya Umum ke-13, GERAKAN hari ini melancarkan dua klip video untuk memaparkan sumbangan parti itu selama ini kepada orang ramai.

Dua klip video itu bertajuk 'Satu Hati-Gerakan With The People' dan 'Gerakan Moving With Penang', menurut biro publisiti parti itu dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, klip video 'Satu Hati-Gerakan With The People' memaparkan sumbangan parti kepada negara secara menyeluruh.

Sumbangan itu termasuk dalam industri utama semasa sektor itu diterajui bekas Menteri Kabinet dan bekas presiden parti, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik yang berjaya menembusi pasaran asing seperti China, India dan Eropah.

Satu lagi klip video fokus kepada sumbangan parti di pangkalannya di Pulau Pinang, seperti mengurangkan kadar pengangguran dan pada masa sama menyaksikan pembinaan pelbagai infrastruktur penting seperti Komtar, jambatan Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu Expressway, Empangan Mengkuang dan lain-lain.

Kedua-dua klip video dalam bahasa Inggeris dan Mandarin itu boleh dilayari di laman web parti dan YouTube. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment