My Add

Thursday, 11 April 2013

Ibu negara sesak teruk selepas hujan lebat, banjir

 *KEADAAN Jalan Dang Wangi yang dinaiki air ekoran hujan lebat selama
 beberapa jam di ibu negara mulai 5 petang tadi. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, RABU, 10 April, 2013: Hujan lebat yang melanda ibu negara sejak 5 petang tadi menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk ekoran penutupan beberapa jalan utama.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Persiaran Kewajipan, Jalan Ampang, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Genting Klang dan Jalan Syed Putra.

Turut terjejas adalah kawasan Titiwangsa, Kampung Baru, Jalan Rumbia dan Maharajalela di Bukit Bintang, sekitar Kompleks Wilayah Dang Wangi, Jalan Padang Tembak dan Jalan Semarak serta Jalan Raja Chulan.

Hujan lebat dan banjir yang berlaku ketika warga kota baharu keluar dari pejabat untuk pulang itu menyebabkan jalan raya mengalami kesesakan teruk dan ada yang terkandas sehingga beberapa jam. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment