SM Salim terima Anugerah Biduan Negara
KUALA LUMPUR,RABU, 10 April, 2013: Tan Sri SM Salim, 85, malam ini diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Sempena anugerah yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim, SM Salim menerima cek bernilai RM30,000, trofi, pingat, selempang dan sijil penghargaan.
Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu.
Sementara itu, komposer Kassim Masdor, 75, dari Singapura pula menerima Anugerah Seniman Tamu Negara pada majlis itu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment