My Add

Friday, 12 April 2013

Isu CEC: Guan Eng didesak ambil tindakan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 April, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak mengambil tindakan segera berhubung kesilapan memalukan dalam proses pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Penyandang kerusi Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu bagi memberi keadilan kepada 753 perwakilan yang tidak menerima surat menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 DAP, sekali gus tidak dapat mengundi dalam CEC parti itu Disember tahun lalu.

Berikut kenyataan penuh Wee Choo Keong:

1) Sejak empat bulan lalu, masalah proses pemilihan CEC DAP, Guan Eng masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan isu yang melibatkan 753 perwakilan.

2) Kita difahamkan, Guan Eng 'takut dan malu' sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menemuduga 753 perwakilan DAP yang tidak menerima notis mesyuarat itu. Kita juga mendesak mengapa Guan Eng sehingga hari ini masih belum memberi makluman senarai nama 753 perwakilan sah yang tidak hadir dan 1,823 perwakilan yang hadir.

3) Kita juga mahu menyoal tindakan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang dikatakan pilih bulu apabila tidak memperjuangkan nasib kira-kira 700 perwakilan India yang diketepikan oleh Guan Eng.

4) Kita juga mendesak supaya Ambiga membuat kenyataan terbuka tentang sokongan beliau terhadap tindakan Guan Eng menyingkirkan 700 perwakilan India dari CEC, DAP.

5) Kita juga mendesak Ambiga untuk membuat bantahan kepada pihak ROS supaya Guan Eng membuat pemilihan semula CEC dan menjemput 753 perwakilan India untuk hadir mengundi.

6) Kita yakin Ambiga akan membuat bantahan kerana pemilihan CEC itu akan menjejaskan kedudukan Guan Eng dalam memberi peluang calon India untuk memenangi CEC. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment