Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KOTA BHARU, KHAMIS, 11 April, 2013: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan 'parasit' di dalam partinya sendiri ekoran tindakannya yang sering kali mengeluarkan 'fatwa' bertentangan dengan ajaran Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai fatwa 'nyayuk' yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan itu hanya boleh merugikan Pas sendiri.
Beliau berkata, lebih banyak Nik Abdul Aziz mengeluarkan fatwa lebih baik untuk Barisan Nasional (BN) kerana rakyat boleh menilai sendiri sifat sebenar Mursyidul Am Pas itu.
"Dia (Nik Abdul Aziz) jangan ambil peranan Allah SWT dengan sesuka hati menentukan dosa pahala dan syurga neraka seseorang kerana semua ini bergantung kepada amal ibadat kita.
"Saya harap Nik Aziz cukuplah mengeluarkan pelbagai fatwa, jangan rosakkan partinya sendiri. Saya amat simpati dengan dengan Pas kerana mempunyai parasit seperti ini," katanya selepas Majlis Ramah Mesra bersama warga 8 Briged di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment