PRU-13: DAP letak calon di Indera Kayangan, Titi Tinggi
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
ALOR SETAR, KHAMIS, 11 April, 2013: DAP hari ini mengumumkan akan meletakkan dua calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan dan Titi Tinggi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Sebelum ini, difahamkan PKR juga turut berminat meletakkan calon di kerusi DUN Indera Kayangan.
Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang mengumumkannya di sini hari ini menyatakan keyakinan terhadap calon-calon tersebut iaitu Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan di DUN Titi Tinggi dan Setiausahanya, Ooi Boon Beng di kerusi DUN Indera Kayangan.
Kata Kok Wai, tidak seharusnya timbul soal pertindihan kerusi antara PKR dan DAP terutama membabitkan kerusi Indera Kayangan memandangkan satu persetujuan telah dicapai antara kedua-duanya melalui satu perjanjian pada Julai 2011. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment