![]() |
| *MUSTAPA Mohamed menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kuala Lumpur, semalam. |
Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 09 April, 2013: Kerajaan yakin sasaran untuk menarik RM1.3 trilion pelaburan dalam tempoh lima tahun akan datang mampu dicapai, didorong oleh pengenalan Model Baharu Ekonomi (MEB) serta pelaksanaan program-program di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hasil inisiatif tersebut, jumlah pelaburan swasta melonjak melebihi 20 peratus tahun lalu berbanding hanya tiga hingga empat peratus sahaja sebelum ini.
"Berdasarkan rekod lampau yang cemerlang, kita yakin sasaran yang ditetapkan dalam Manifesto Barisan Nasional itu mampu dicapai kerana jika dilihat prestasi ekonomi dan pelaburan kebelakangan ini, ia sudah terbukti.
"Salah satu sebab mengapa kita memperkenalkan MEB dan ETP adalah untuk melonjakkan pelaburan dan ini dapat dilihat menerusi peningkatan pelaburan swasta.
"Kita juga yakin mampu menepati sasaran untuk mewujudkan lebih banyak peluang kerajaan," katanya semasa sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini hari ini.
Yang turut hadir dua timbalannya iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan.
Menurut Mustapa, Malaysia telah merekodkan RM139 bilion dalam pelaburan sebenar pada tahun lalu.
Tambahnya, Manifesto Barisan Nasional yang telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu lalu adalah menyeluruh termasuk kepada golongan muda dan berpendapatan rendah.
Beliau juga berkata, bantuan langsung kepada rakyat dan golongan sasar akan diteruskan di samping meningkatkan usaha untuk memperbaiki kemudahan di kawasan luar bandar serta di Sabah dan Sarawak.
"Selama ini, kerajaan telah berjaya menangani isu-isu kenaikan harga dengan memberi bantuan langsung kepada rakyat, kami pasti selepas ini subsidi akan dirasionalisasikan dan bantuan akan diteruskan kepada golongan sasar.
Katanya, kerajaan mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan jentera.
"Ini kerana jika dilihat sejak beberapa tahun lalu, walaupun terpaksa menghadapi krisis kewangan dan ekonomi global yang suram, negara berjaya menanganinya dan rakyat juga dapat merasa impaknya secara langsung," ujar beliau lagi.
Ketika ditanya mengenai prestasi pelaburan setakat ini, Mustapa berkata, bagi dua bulan pertama 2013, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan RM5.5 bilion pelaburan, sama seperti dua bulan pertama 2012.
"Kemungkinan terdapat pelabur yang bersikap tunggu dan lihat (berikutan pilihan raya umum ke-13) namun jika dilihat secara keseluruhan, keyakinan pelabur masih tinggi.
"Contohnya, semalam saya menerima rombongan besar dari Taiwan yang meninjau peluang pelaburan di sini walaupun mengetahui negara akan mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.
Malah, katanya, MIDA dan kementerian masih menerima kunjungan pelabur-pelabur yang berminat untuk menanam modal di negara ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment