SINGAPURA, SELASA, 09 April, 2013: Menteri-menteri ASEAN akan membincangkan kemajuan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN kesembilan di Brunei, esok.
Mereka akan membincangkan khususnya usaha dalam bidang utama seperti perkhidmatan, integrasi kastam dan pembangunan ekonomi yang saksama.
Para menteri itu juga akan membincangkan keutamaan penyampaian bagi ASEAN merealisasikan AEC menjelang 2015, demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dalam kenyataan hari ini.
Di samping itu, menteri-menteri itu juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terkini Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), inisiatif utama dilancarkan ASEAN. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment