My Add

Thursday, 11 April 2013

Pemimpin BN akur calon yang dipilih diberi sokongan padu

KUALA LUMPUR, RABU, 10 April, 2013: Pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini mahu semua pihak akur dengan ingatan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak hari ini agar memberi sokongan padu kepada calon yang disenaraikan demi kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata walaupun ada yang tidak dapat menjadi calon kali ini, semua ahli perlu setia kepada BN bagi memastikan kemenangan di setiap peringkat.

"Apabila kita menang, kita boleh menyumbang kepada parti dan kerajaan yang kita akan tubuhkan.

"Perkara yang sangat penting adalah memberi kemenangan kepada BN. Itu ialah objektif terbesar dalam pilihan raya," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan khas Pengerusi BN bersama Pengerusi BN negeri.

Justeru, katanya setiap ahli perlu menolong dan berusaha memastikan parti dapat menubuhkan kerajaan.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sebarang tindak tanduk ahli sama ada yang tercalon atau tidak sangat penting bagi memastikan kemenangan parti.

"Kita dah buat banyak kerja sebelum Parlimen dibubarkan dan jangan sampai saat akhir terdapat cacat cela susulan tindak tanduk yang dilakukan ahli.
"Sejak pilihan raya 2008 banyak perkara yang kita sudah baiki dan jangan kerana kekecewaan tidak terpilih jadi calon kita mengugat kebolehpercayaan pengundi terhadap parti," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment