Sembilan individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan pengganas
KOTA KINABALU, RABU, 10 April, 2013: Polis menahan sembilan lagi individu termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu di beberapa lokasi berasingan di Beluran, pagi tadi dan semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dua daripada yang ditahan adalah warga tempatan.
Bercakap kepada pemberita di sini sebentar tadi, beliau berkata, polis turut merampas beberapa senjata, dokumen dan wang tunai. - BH
No comments:
Post a Comment