My Add

Thursday, 11 April 2013

PRU-13: 2 kriteria calon boleh menang BN diutamakan - PM

 *CALON-CALON BN khusyuk mendengar amanat Najib Tun Razak dalam
pertemuan Perdana Menteri dengan mereka di PWTC, Kuala Lumpur tengah
 hari tadi.
 *SEBAHAGIAN daripada calon-calon BN yang menghadiri pertemuan dengan
 Perdana Menteri, Najib Tun Razak di PWTC, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR, RABU, 10 April, 2013: Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional (BN) iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengadakan pertemuan dengan semua calon Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari ini berkata:

"Objektif utama ialah menubuhkan kerajaan dan bukannya tumpuan untuk menjadi calon.

"Dan kalau ada yang tidak terpilih itu, kalau pun dia merajuk cukup setakat 24 jam sahajalah. Lepas itu turun membantu jentera," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment