My Add

Thursday, 11 April 2013

PRU-13: Polis Kelantan kenal pasti empat kawasan panas

Oleh YATIMIN ABDULLAH
TUMPAT, RABU, 10 April, 2013; Polis Kelantan telah mengenal pasti empat kawasan panas di negeri ini pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) yang ditetapkan pada 5 Mei ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, empat kawasan terbabit ialah daerah Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah dan Kota Bharu.

Menurut Jalaluddin, pihaknya akan menempatkan anggota di empat kawasan berkenaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini sepanjang tempoh berkempen.

"Di mana kawasan panas kita akan tempatkan anggota Pasukan Gempur Ringan (LSF) dan tambah anggota. Ini bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat antara Deputi Supritendan Shariffuddin Yusof kepada Pemangku Supritendan Zaharudin Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment