Oleh NURULANUAR MANSOR
KEPONG, ISNIN, 29 April, 2013: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kepong, Datuk A. Chandrakumanan mempun, ISNINyai visi membangunkan kawasan itu sebagai hab perniagaan dan kejiranan hijau dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Beliau yang lebih dikenali oleh pengundi kawasan itu sebagai Chandran berkata, potensi tersebut dapat dilihat daripada kepesatan pertumbuhan premis-premis niaga dan lokasinya dalam rangkaian hijau Lembah Klang.
Menurut beliau yang juga menetap di sini, walaupun berpotensi besar, namun kawasan Kepong tidak banyak mengalami pembangunan sejak 30 tahun kebelakangan ini.
"Sejak 15 tahun menetap di kawasan ini saya melihat Kepong berpotensi untuk dibangunkan secara lestari, baik sebagai kawasan kejiranan mahupun untuk tujuan perniagaan.
"Namun, seperti yang dapat dilihat, tidak banyak pembangunan dibawa oleh pembangkang sejak mereka menguasai kawasan ini pada 1995," kata beliau ketika ditemui di Pusat Khidmat BN di sini hari ini.
Chandran berkata, dengan memberi peluang kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini, tidak mustahil bagi Kepong dibangunkan setanding dengan kawasan Damansara dan Bukit Bintang.
Kawasan P114 Parlimen Kepong akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk A. Chandrakumanan; calon DAP, Dr. Tan Seng Giaw, yang juga penyandang; dan calon Bebas, Yee Poh Ping pada pilihan raya kali ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment