![]() |
| *NAJIB Tun Razak dan Muhyiddin Yassin bersama ketua parti-parti komponen Barisan Nasional melaungkan 1Malaysia pada pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin BN peringkat bahagian di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH |
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, RABU, 10 April, 013: Barisan Nasional (BN) menjadikan acuan pilihan raya umum 2008 sebagai asas utama dalam menentukan kedudukan kerusi serta calon antara parti komponen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini.
Walau bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya akan membuat penyesuaian berdasarkan kepada perkembangan semasa supaya peluang BN untuk menang lebih cerah lagi.
"Pada asasnya panduan yang diguna pakai ialah dengan berdasarkan acuan pilihan raya umum 2008 dengan sedikit penyesuaian iaitu bagaimana penyesuaian tersebut boleh mengukuhkan lagi peluang BN untuk menang.
"Kita juga mengambil kira keputusan pilihan raya 2008,'' katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin BN di peringkat bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada pilihan raya umum 2008, BN telah bertanding di semua kawasan Parlimen iaitu sebanyak 222 kerusi dan daripada jumlah itu, BN menang 140 kerusi.
Dalam soal pembahagian kerusi pada pilihan raya umum berkenaan, UMNO bertanding di 117 kerusi diikuti MCA 40 kerusi, MIC (9), Gerakan (12), PPP (1), PBB (14), PRS (6), SUPP (7), SPDP (4), PBS (4), UPKO (4), LDP (1), SAPP (2) dan PBRS (1).
Menjawab satu soalan terhadap perkara yang sama, Najib berkata, faktor demografi juga perlu diambil kira dalam menentukan kerusi dan calon BN.
"Seperti yang saya nyatakan asas pengagihan kerusi dan penentuan calon mesti berpandukan kepada kerusi yang telah dibahagi-bahagikan pada pilihan raya umum 2008.
"Dalam pada itu, kita perlu ambil sedikit perkiraan keputusan pilihan raya umum 2008, keadaan hari ini dan juga demografi hari ini supaya keputusan kita nanti memberi harapan yang lebih kepada BN,'' katanya.
Mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari penamaan calon 20 April sehingga hari mengundi pada 5 Mei, beliau berkata;
"Kita terima keputusan SPR dan ini juga bermakna SPR cuba membuat keputusan bagi mencerminkan proses demokrasi yang sihat di Malaysia.'' - UTUSAN

No comments:
Post a Comment