My Add

Friday, 12 April 2013


'Sandiwara' politik PKR bercelaru

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 April, 2013: Barisan Nasional (BN) Selangor mengajak rakyat negeri itu untuk menilai 'sandiwara' politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin bercelaru disebabkan perebutan kuasa antara satu sama lain.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, tindakan seperti itu itu jelas menunjukkan pembangkang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat kepentingan rakyat.

"Mereka tidak konsisten dan hanya mahu meraih kuasa untuk kepentingan individu tertentu. Ketika kita berada di satu zon yang cukup penting untuk mendapatkan mandat rakyat tetapi pembangkang masih tidak dapat keluar daripada zon penafian,'' katanya.

Beliau yang juga Koordinator BN Selangor berkata, pemimpin pembangkang kini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kepentingan dan masa depan negeri Selangor.

Mohd. Zin mengulas kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dipetik sebagai berkata kemungkinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar sekiranya pembangkang terus memerintah Selangor pada pilihan raya umum kali ini.

Malam tadi Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan timbul spekulasi sama ada Menteri Besar itu akan dikekalkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok.

Mohd. Zin berkata, konflik yang melanda PKR dan parti pembangkang lain di Selangor merupakan episod 'klimaks' yang dapat menggambarkan sikap sebenar percaturan politik mereka yang perlu dinilai secara bijak, rasional dan terbuka oleh rakyat negeri itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment