Tiada hak minta BR1M untuk PKR
PULAU PINANG, KHAMIS, 11 April, 2013: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dianggap keterlaluan selepas merayu penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menderma RM100 setiap bagi membantu parti itu.
Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, Rafizi tidak berhak berbuat demikian kerana insentif itu merupakan bantuan kerajaan untuk golongan yang layak sahaja.
"Memang dia (Rafizi) muka tidak malu. Perdana Menteri beri kepada rakyat, tetapi dia mahu letak sebagai dana parti.
"Apa hak dia untuk kutip RM100 daripada rakyat yang kemudian disalur kepada parti?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Rafizi tanpa segan silu merayu penerima BR1M menyumbang RM100 seorang sebagai sumber kewangan PKR untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Aminah menambah, tindakan itu berkemungkinan disebabkan Rafizi 'teringin' menjadi salah seorang penerima BR1M. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment