My Add

Wednesday, 10 April 2013

Sokongan kerajaan tingkat imej penghibur jalanan berterusan

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 April, 2013: Para penghibur jalanan berterima kasih dengan sokongan serta keprihatinan berterusan kerajaan sehingga mereka tidak lagi dianggap sebagai pengemis.

Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia, Wady Hamdan berkata, kini penghibur jalanan sudah mula mendapat tempat dalam masyarakat dan seterusnya meningkat imej golongan itu.

"Jika dahulu, penghibur jalanan dianggap sebagai pengemis sedangkan kami adalah golongan berani yang sanggup bersusah payah demi minat mendalam terhadap bidang seni.

"Namun hasil sokongan kerajaan, kini golongan penghibur jalanan semakin mendapat permintaan ramai dan keadaan ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pendapatan kami ke tahap lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Sepetang Bersama Penghibur Jalanan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan.

Dalam pada itu, Wady berharap kerajaan akan membantu penghibur jalanan untuk terus berkembang sehingga ke tahap antarabangsa.

"Saya merasakan golongan ini juga mampu mempromosikan kebudayaan Melayu dengan memakai pakaian kebangsaan seperti baju Melayu ketika membuat persembahan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment