Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
IPOH, AHAD, 31 Mac, 2013: Pencapaian ekonomi negara semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan 15 tahun lalu tidak boleh dibuat perbandingan dengan masa kini kerana cabaran yang dihadapi sekarang berbeza.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Dr. Ahmad Husni Hanadzlah berkata, semasa zaman Anwar, kebanyakan negara di dunia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik kerana tidak berhadapan krisis ekonomi global seperti sekarang.
Menurut beliau, pada masa itu juga, tiada siapa bercakap tentang ekonomi kreatif, inovasi dan pengurusan nilai seperti yang berlaku sekarang.
"Macam mana kita hendak bandingkan diri kita dengan 15 dan 20 tahun lalu. Sekarang berbeza kerana adalah tempoh paling mencabar dalam sejarah ekonomi dunia sejak krisis ekonomi 1933. Ini paling teruk dan sudah berapa lama kita di bawah krisis ekonomi.
"Tiba-tiba kita tengok pertumbuhan ekonomi England 0 peratus, Bayangkan Kesatuan Eropah (EU), Sepanyol, Greece dan Portugal -0.3 peratus dan malah Singapura 1.2 peratus. Adakah kita boleh kata mereka tidak tahu menguruskan ekonomi?," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat kelulusan pembinaan surau baharu Taman Meru 2C dekat sini hari ini.
Pembangkang sebelum ini membandingkan pencapaian ekonomi negara semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dan hutang lebih rendah berbanding sekarang.
Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata, sekiranya pencapaian negara-negara lain sekarang dijadikan perbandingan, Malaysia memang terbukti hebat kerana mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.4 peratus.
Katanya, seluruh dunia sekarang mengiktiraf dan mahu belajar dari Malaysia kerana mampu terus mencatatkan pertumbuhan yang baik ketika negara-negara lain dilanda krisis.
"Sebab itu seperti Tanzania minta kita buat makmal di Tanzania bagaimana kita buat Program Transformasi Ekonomi. Siapa yang datang? Wakil-wakil dari England dan Amerika Syarikat kerana mereka mahu belajar daripada kita," ujarnya.
Menurut Ahmad Husni, beliau membuat kenyataan membidas manifesto pembangkang baru-baru ini kerana tidak mahu rakyat terpedaya dengan pelbagai janji kosong yang hakikatnya tidak dapat dilaksanakan.
Kata beliau, sekiranya hendak dilaksanakan janji-janji itu, negara perlu mengambil pinjaman yang besar sehingga desifit negara meningkat kepada 11.5 peratus dan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 62.1 peratus.
Beliau berkata, sekiranya keadaan itu berlaku, negara akan mengalami nasib seperti negara-negara Eropah yang telah muflis.
Ahmad Husni berkata, dalam konteks Malaysia pula, Inisiatif Pembaharuan Strategik sedang berjalan baik sehingga hasil cukai negara meningkat kepada RM109 bilion pada 2011 dan RM122.8 bilion pada 2012 berbanding RM80 bilion pada 2008.
"Inisiatif sedang berjalan baik. Apa yang buat mendapat pujian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi tiba-tiba kita hendak runtuhkan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment