*PARA penerima melihat Netbook 1Malaysia yang rosak dan tidak boleh digunakan di Pejabat Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Johor Bahru, semalam. |
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, ramai antara penerima yang tidak berpuas hati itu membuat aduan kepada Pejabat Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.
Katanya, antara masalah yang dihadapi termasuk komputer tidak berfungsi, sistem Windows gagal beroperasi dan cakera keras rosak selain bateri tidak boleh dicas.
"Parlimen Pasir Gudang menerima sebanyak 2,110 unit Netbook 1Malaysia tahun lalu, namun sebanyak 1,055 unit terpaksa dikembalikan untuk dibaiki.
"Masalah sama berulang selepas majlis penyerahan komputer itu April lalu selepas sebanyak 960 daripada 2,246 unit Netbook 1Malaysia dilaporkan mempunyai masalah serupa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Rohazam Shah, pihaknya telah mengutarakan masalah itu kepada syarikat komputer berkenaan yang beroperasi di Kuala Lumpur namun dimaklumkan kontrak mereka sebagai pengedar berakhir April lalu.
"Syarikat itu turut memaklumkan komputer yang hendak dibaiki akan dikenakan caj. Sekarang siapa yang perlu bertanggungjawab dan saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat membantu menyelesaikan masalah ini," katanya.
Sementara itu, penerima, Keliwon Misran, 45, berkata, dia yang merancang menghadiahkan komputer itu kepada anaknya kecewa selepas mendapati gajet tersebut rosak dan tidak berfungsi.
Sehubungan itu, dia berharap masalah tersebut dapat diatasi segera supaya objektif kerajaan merapatkan jurang digital antara golongan bandar dan luar bandar menerusi pemberian Netbook 1Malaysia berkenaan dapat dicapai. - UTUSAN
nk download semula microsoft excel dan microsoft word macam mana ?
ReplyDelete