My Add

Saturday, 1 June 2013

Kerajaan sasar jualan produk Malaysia cecah RM31.5 juta

 Hassan Malek
JAKARTA, JUMAAT, 31 Mei, 2013: Kerajaan menyasarkan jualan produk syarikat-syarikat Malaysia di Ekspo Perniagaan Malaysia-Indonesia (MIBEX) 2013 yang berlangsung selama tiga hari di sini bermula hari ini mencecah RM31.5 juta.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek, sasaran itu ditetapkan kerana jaringan perniagaan produk Malaysia kini semakin berkembang pesat.

Pada masa sama, beliau berkata, produk- produk yang ditawarkan syarikat Malaysia juga berkualiti, bernilai tinggi dan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

"Kita berharap penyertaan syarikat-syarikat Malaysia di MIBEX akan terus dipertingkatkan kerana orang sudah bertambah yakin dengan kebolehan dan kemampuan syarikat- syarikat kita di sini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pavilion Malaysia di MIBEX di Pusat Konvensyen Jakarta di sini.

Sejumlah 11 syarikat francaisor, lima syarikat jualan langsung serta tiga syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari Malaysia mengambil bahagian dalam acara tahunan MIBEX itu pada kali ini.

Produk-produk syarikat Malaysia merangkumi dalam bidang perkhidmatan, perubatan, pendidikan awal dan makanan. Tahun lalu, syarikat-syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam MIBEX di sini mencatatkan jualan berjumlah RM28 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment