My Add

Saturday, 1 June 2013

Remaja Berwawasan tangani masalah disiplin murid

 *SSEBAHAGIAN daripada murid sekolah bersorak kegembiraan selepas tamat mengikuti Summer Camp 2 Program Remaja Berwawasan Peringkat Nasional di Pusasda, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
TELOK KEMANG, JUMAAT, 31 Mei, 2013: Summer Camp 2 Program Remaja Berwawasan yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson dekat sini, merupakan inisiatif kerajaan menangani isu masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah.

Program yang dilaksana tiga agensi utama melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan itu melibatkan lebih 1,200 pelajar daripada 42 sekolah.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya bersama PDRM melihat program itu berfaedah berdasarkan maklum balas pelajar yang menyertainya.

"Ini adalah program kali kedua di Kem Wirajaya, Selangor baru-baru ini melibatkan lebih 100 pelajar. Hasil maklum balas daripada pelajar yang menyertainya amat memberangsangkan.

"ATM dan PDRM serta pihak kementerian menyifatkan program ini berbaloi menerusi sumber yang telah kita beri untuk menjayakan program ini," katanya.

Zulkifeli ditemui pemberita dalam Majlis Penutupan Summer Camp 2 Program Remaja Berwawasan Peringkat Nasional di Pusasda, Port Dickson, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment