My Add

Saturday 13 July 2013

133 tabung derma dirampas

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI

 * CHE MAT (dua dari kanan) dan Tuan Ibrahim (kanan) menunjukkan sebahagian daripada tabung derma yang dirampas di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak membenarkan individu atau organisasi mengutip derma tanpa kebenaran atas kebimbangan ia boleh dieksploitasi oleh pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, larangan itu berkuat kuasa di semua kawasan pentadbirannya iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menurut beliau, pihaknya menyekat aktiviti itu ekoran aduan orang ramai yang kurang senang dengan kehadiran kumpulan tertentu yang mengutip derma kononnya untuk membina masjid atau membantu orang miskin.

“Pihak Jawi tidak pernah mengeluarkan surat kebenaran untuk mana-mana pihak atau individu mengutip derma sejak tahun 2009. Bagaimanapun, kegiatan mengutip derma masih berlaku dan wajar disekat.

“Pada masa ini, kegiatan mengutip derma tanpa kebenaran sudah berleluasa terutama di ibu negara sehingga tidak diketahui kebenaran dan tujuan sebenar kutipan tersebut dibuat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment