My Add

Sunday 21 July 2013

15 militan, 4 tentera terbunuh pertempuran di Khyber, Pakistan

PESHAWAR, AHAD, 21 Julai, 2013: Sebanyak 15 anggota kumpulan militan dan empat tentera dilaporkan terbunuh semasa pertempuran puak di barat laut Pakistan, semalam.

Konfrontasi berlaku sejak Jumaat dan berterusan sehingga awal pagi semalam di Khyber, salah satu daripada tujuh puak di sempadan Afghanistan.

"Semasa pertempuran itu, tentera membunuh sekurang-kurangnya 15 militan dan memusnahkan dua tempat persembunyian mereka," kata seorang pegawai kanan keselamatan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment