My Add

Sunday 21 July 2013

Pandelela-Hoong Cheong terlepas gangsa 3M papan anjal

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Julai, 2013: Harapan skuad terjun negara meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa menerusi acara 3 meter papan anjal seirama Kejohanan Dunia FINA di Barcelona, Sepanyol lewat malam tadi tidak kesampaian apabila pasangan Pandelela Rinong-Jun Hoong Cheong sekadar menduduki tempat kelima.

Pada permulaan pasangan terjun negara itu seakan-akan berpeluang mengutip gangsa apabila menduduki tangga ketiga pada pusingan pertama, ketiga dan keempat di belakang peserta China, Wu Minxia-Shi Tingmao dan Tania Cagnotto-Francesca Dellape dari Itali.

Bagaimanapun, sedikit kesilapan pada pusingan kedua dan terakhir menyebabkan pasangan Pandelela-Hoong Cheong tercicir di tempat kelima dengan mengutip mata keseluruhan 289.20.

Dalam acara itu, Minxia-Tingmao meraih pingat emas dengan 338.40 mata diikuti oleh Cagnotto-Dellape (307.80 mata) manakala pingat gangsa dirampas oleh penerjun Kanada, Jennifer Abel-Pamela Ware dengan 300.78 mata. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment