My Add

Monday 29 July 2013

2 maut dihempap lantai runtuh

Oleh AZIZI MAJID
 
* ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa buruh binaan yang terperangkap selepas runtuhan lantai tingkat satu projek pembinaan sebuah pasar raya borong terkemuka di Jalan Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, semalam. - EHSAN BOMBA
JOHOR BAHRU, AHAD, 28 Julai, 2013: Dua buruh binaan warganegara Indonesia maut selepas lantai tingkat satu projek pembinaan sebuah pasar raya borong terkemuka di Jalan Taman Pelangi Indah, di sini runtuh dan menghempap mereka semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang apabila kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Aripen, 24, dan Asmawi, 27, sedang membaiki keretakan besi tetulang pada lantai di aras bawah bangunan.

"Ketika menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan tersebut, secara tiba-tiba lantai konkrit tingkat satu yang masih dalam keadaan basah runtuh dan menghempap kedua-dua mangsa.

"Siasatan awal mendapati runtuhan berpunca daripada besi perancah bangunan berkenaan tidak mampu menampung berat beban konkrit berkenaan," katanya di sini hari ini.

Zainuddin berkata, kerja-kerja menyelamat berdepan kesukaran kerana keadaan lokasi kejadian yang dipenuhi dengan timbunan besi selain keadaan simen konkrit yang menghempap mangsa mula mengeras.

Beliau berkata, mayat Asmawi berjaya dibawa keluar pukul 9.40 malam tadi, manakala Aripen 1.50 pagi.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Rizal Buang berkata, sebanyak lima jentera dari balai Johor Jaya, Johor Bahru dan Taman Universiti bersama 48 anggota terlibat dalam operasi yang berakhir pukul 2 pagi itu.

Pihaknya terpaksa menggunakan khidmat anjing pengesan selain kren dan jengkaut untuk mengeluarkan mayat mangsa dari timbunan simen yang telah mengeras, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment