My Add

Monday 29 July 2013

Pertanian adalah perniagaan

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
*
 
* ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) menyampaikan bantuan zakat kepada Ketua UMNO Cawangan Guai, Mohd. Faizal Mohd. Mokhtar yang mewakili penduduk Kampung Guai dalam majlis penyerahan zakat sempena Ramadan di Kampung Charuk Puting, Guai, Bera, Pahang, semalam.
BERA, AHAD, 28 Julai, 2013: Rakyat perlu menolak persepsi negatif terhadap sektor pertanian, sebaliknya memberi fokus dalam menjayakan aktiviti tanaman dan ternakan secara komersial.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanggapan kononnya sektor itu hanya untuk penduduk kawasan luar bandar, tidak lagi relevan kerana bidang itu berpotensi menjana pendapatan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Menurutnya, penduduk luar bandar perlu bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti itu seperti ternakan lembu dan ternakan air tawar berskala besar yang memberi hasil lumayan kepada mereka.

"Kementerian komited membantu golongan petani, penternak, peladang dan nelayan dari segi bantuan subsidi serta pinjaman dalam meningkatkan pengeluaran makanan negara.

"Terpulang kepada kesungguhan rakyat untuk aktif dalam sektor tersebut kerana majoriti mereka mempunyai kawasan tanah yang mampu mengusahakan projek pertanian berimpak tinggi," katanya yang juga Ahli Parlimen Bera ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan zakat untuk penduduk miskin di Masjid Kampung Charuk Puting di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, masalah utama yang perlu diselesaikan ialah isu tanah terbiar yang gagal dimajukan dengan aktiviti pertanian komersial.

Katanya, pihak kementerian telah mengenal pasti seluas 200,000 hektar tanah terbiar di seluruh negara yang berpotensi dimajukan untuk projek pertanian.

"Tanah itu adalah hak milik individu tetapi terbiar tanpa diusahakan dengan kegiatan pertanian yang memberi pulangan pendapatan," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment