My Add

Monday 29 July 2013

Warga emas maut, nahas dua kenderaan

 * ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Kulaijaya cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dalam kemalangan di km 40 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, semalam.
KULAIJAYA, AHAD, 28 Julai, 2013: Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 40, Jalan Johor Bahru-Air Hitam berhampiran Kelapa Sawit di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku pukul 11 pagi apabila sebuah Mitsubishi Pajero dari arah Kulaijaya menghala Air Hitam cuba memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung kereta Toyota Altis dari arah bertentangan.

Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, mangsa, Chin Fa, 72, yang berada di tempat duduk hadapan penumpang maut akibat tersepit dalam kenderaan manakala pemandu kereta, Ho Siew Tiam, 40, patah kaki.

Katanya, isteri Siew Tiam dan anak lelakinya yang tidak dikenal pasti identitinya hanya cedera ringan manakala pemandu Pajero, Lee Chee Hong, 32, cedera di muka.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan," katanya hari ini.

Menurut Zukefly, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment