My Add

Sunday 14 July 2013

2 maut kemalangan motosikal, kereta, 2 maut

JOHOR BAHRU, AHAD, 14 Julai, 2013: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Km 43 Jalan Johor Baharu-Ayer Hitam berhampiran Taman Manis, Kelapa Sawit, dekat Kulaijaya, malam tadi.

Mereka yang maut dalam kemalangan pada 8.10 malam itu ialah penunggang motosikal Ismadi Ismon, 27, dan penumpang kereta Patrik Anak Pandong, 23.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, kedua-dua mereka mati di Hospital Kulaijaya kira-kira dua jam selepas kejadian.

"Kereta jenis Proton Wira dari arah Kulaijaya ke Simpang Renggam sedang membelok masuk ke simpang sebelah kanan sebelum dilanggar motosikal jenis Yamaha dari arah bertentangan di pintu belakang sebelah kiri," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan dua lagi penumpang kereta berkenaan cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Kulaijaya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment