My Add

Tuesday 9 July 2013

3 kilang terbakar, kerugian RM30 juta

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI, SELASA, 09 Julai, 2013: Tiga kilang membuat kotak pembesar suara, peralatan dapur dan plastik musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian melebihi RM30 juta di Taman Perindustrian Sungai Tukang, di sini awal pagi ini.

Kebakaran pukul 3 pagi itu dipercayai berpunca dari bahagian belakang salah sebuah premis membuat peralatan dapur tersebut.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Sungai Petani, Nor Arifin Kamari berkata, pihaknya mengambil masa hampir tiga jam untuk mengawal api.

Beliau berkata, kebakaran agak sukar dikawal berikutan bahan yang terdapat dalam kilang itu merupakan plastik dan kotak yang memudahkan api marak.

"Selain itu struktur premis dan juga bahan-bahan yang terdapat di dalam premis itu mudah terbakar.

"Daripada kejadian ini tiga buah kilang hangus manakala satu lagi premis terbakar sebahagian dan pihak bomba dapat mengawal api daripada merebak ke premis lain," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Nor Ariffin berkata, punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment