My Add

Tuesday 9 July 2013

Laporan projek kereta api laju hampir muktamad

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Julai, 2013: Laporan kajian daya maju projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan ibu negara dan Singapura dijangka akan dimuktamadkan penghujung bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, kajian tersebut merangkumi penilaian terperinci aspek-aspek teknikal dan kejuruteraan, kos, kewangan dan operasi serta manfaat sosioekonomi.

"Kajian itu telah pun selesai dijalankan dan kini berada di fasa akhir penyediaan laporan," katanya ketika menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) berhubung status projek berkenaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, secara umum, koridor yang dikenal pasti untuk projek itu akan melalui semua negeri di antara Kuala Lumpur dan Singapura iaitu Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment