My Add

Thursday 18 July 2013

30 rugi RM7 juta melabur skim duit kutu

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Akibat terlalu mempercayai seorang operator wanita di sebuah syarikat teksi, sekumpulan 30 individu kerugian hampir RM7 juta selepas melabur dalam satu skim pelaburan ala kutu yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat.

Kesemua mangsa dikatakan mengenali wanita yang dikenali sebagai Ng, 34, dan disebabkan itu mereka termakan hasutan setiap janji manis yang diberikannya.

Salah seorang mangsa, Heng Hwa Keng, 41, mendakwa, dia kerugian RM95,000 setelah membuat pelaburan sejak Januari tahun lepas, apabila diperkenalkan oleh seorang rakan yang turut melabur dengan suspek.

"Menurut wanita itu, saya harus memasukkan sejumlah RM5,000 setiap bulan ke dalam akaunnya dan bakal mendapat keuntungan dividen mencecah ribuan ringgit pada setiap bulan.

"Katanya, saya akan mendapat RM3,000 hingga RM4,000 jika saya mengikuti segala-syarat yang diperuntukkan syarikat berkenaan," katanya ketika membuat laporan polis bersama mangsa lain di Balai Polis Setapak hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment