My Add

Sunday 28 July 2013

4 sahabat ditemui selamat

Oleh FARHANA JONI

SAMARAHAN, AHAD, 28 Julai, 2013: Empat sahabat yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lokan semalam ditemui dalam keadaan selamat di sungai Kampung Beliung, Asajaya di sini hari ini.

Kesemua mereka iaitu Azri Jamaluddin, 27; Kuswadi Poli, 33; Yusof Tudin, 40, dan Chembot Borat, 60, dari Kampung Tembirat mencari hasil laut sebagai sumber pendapatan.

Menurut abang kepada salah seorang mangsa, Rosdi Poli, 40, adiknya dan tiga kawannya menaiki dua perahu keluar mencari lokan kira-kira pukul 7.30 malam dan tidak pulang ke rumah malam tadi.

"Saya mulai bimbang dengan keselamatan adik saya dan kawan-kawannya yang tidak pulang ke rumah walaupun sudah tengah malam, jadi saya terus buat laporan polis pukul 11 malam tadi.

"Menurut kumpulan lain yang turut sama mencari lokan semalam, adik saya dan kawan-kawannya itu menaiki perahu dan mereka terpaksa meninggalkan perahu itu di tebing sungai kerana air mulai surut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri, Tan Min Chai berkata, kesemua mangsa ditemui selamat pukul 8.40 pagi ini oleh penduduk kampung yang keluar mencari mereka. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment