My Add

Saturday 20 July 2013

40 sertai Ziarah Ramadan menaiki kereta api ke Kedah

 * MAN Raja Lawak bersama artis dan pengamal media memberi kurma kepada penumpang untuk bersahur ketika program Ziarah Ramadan 2013 ke destinasi Kedah di Kuala Lumpur, kelmarin.
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Seramai 40 pengamal media terdiri daripada wartawan dan jurufoto menjayakan program Ziarah Ramadan 2013 bermula semalam sehingga 22 Julai ini.

Program menggunakan perkhidmatan kereta api ke Alor Setar, Kedah selama lima hari itu anjuran IPTB Sdn. Bhd. dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Tourism Malaysia.

Pegawai Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Makhtar Muhammad berkata, program tersebut bertujuan memberi peluang kepada warga media melancong sambil beribadah selain meraikan anak-anak yatim di Kedah.

Dalam masa sama, katanya, mereka juga menyertai aktiviti menunaikan solat sunat tarawih, bersahur dan menyampaikan sumbangan buah kurma kepada para penumpang lain.

"Kita beri peluang kepada rakan-rakan media untuk merasai sendiri bagaimana caranya solat dilaksanakan semasa berada di dalam tren.

"Solat di dalam tren diadakan secara duduk kerana sekiranya dilakukan berdiri, khuatir kita tidak akan stabil hingga beralih arah," katanya yang mengimamkan solat tarawih berkenaan.

Perjalanan tersebut menggunakan perkhidmatan kereta api Ekspres Senandung Langkawi. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment