My Add

Saturday 20 July 2013

SSM semak skim pelabur ala kutu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuat semakan terperinci bagi menentukan skim pelaburan yang didakwa menipu kira-kira 30 individu tergolong dalam skim kutu mengikut Akta Wang Kutu (Larangan) 1971.

Menurut kenyataan SSM, sekiranya terdapat sebarang pelanggaran atau kesalahan di bawah akta tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pihak pengurusan skim pelaburan terbabit.

"Bagi tujuan ini, SSM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan lain bagi menentukan bentuk tindakan selanjutnya.

"SSM juga ingin menasihati orang ramai agar menyemak kesahihan skim pelaburan yang ingin disertai dengan pihak berkuasa serta membuat penilaian terhadap risiko pelaburan tersebut," kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Semalam, sekumpulan 30 individu mendakwa mengalami kerugian hampir RM7 juta selepas melabur dalam satu skim pelaburan ala kutu yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat.

Kesemua mangsa dikatakan mengenali wanita yang dikenali sebagai Ng, 34, dan termakan hasutan setiap janji manis yang diberikannya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment