My Add

Saturday 20 July 2013

CAP gesa cari jalan elak pengguna jadi panik

PULAU PINANG, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan punca utama kenaikan harga ayam yang berlaku ketika ini.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, penjelasan kementerian terbabit penting kerana isu berkenaan menyebabkan keadaan panik dalam kalangan pengguna menjelang musim perayaan.

"Isu kenaikan harga ayam ini bukanlah muncul tahun ini sahaja kerana boleh dikatakan sebagai acara tahunan dan sinonim dengan musim perayaan.

"Sehubungan itu, CAP menggesa kementerian mencari jalan penyelesaian yang konsisten dan memberi kesan menguntungkan kepada pengguna dan pengeluar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed, sehingga hari ini kementerian masih belum menjelaskan perkara itu, selain hanya memberi usul untuk mengimport ayam dan mencadangkan supaya orang ramai memboikot pembelian ayam. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment