My Add

Saturday 6 July 2013

88 keluarga mangsa kebakaran dapat rumah sementara

 SIBU, SAB TU, 06 Julai, 2013: Sebanyak 88 keluarga yang hilang tempat kediaman dalam kebakaran di Kampung Datu di sini bulan lepas berpeluang menjalani ibadat puasa dalam keadaan selesa Ramadan ini kerana mendapat rumah sementara.

Daripada jumlah itu, 68 keluarga menerima kunci bagi rumah masing-masing di

Rumah Pangsa Perbadanan Pembangunan Perumahan di SibuJaya, kira-kira 27 kilometer (km) dari sini, manakala selebihnya akan tinggal di rumah pangsa serupa di Rantau Panjang, kira-kira 48km dari sini. Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyerahkan kunci

kepada 88 keluarga terbabit pada satu majlis hari ini.

Selepas berlaku kebakaran yang memusnahkan 60 rumah pada 19 Jun itu, mangsa
ditempatkan sementara di SK Lakis.

Bercakap kepada pemberita sebelum majlis itu, Abang Johari berkata, 88
keluarga terbabit dijangka tinggal di rumah pangsa berkenaan selama dua tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment