My Add

Saturday 6 July 2013

Evolusi keupayaan TUDM sudah diperkasa: Panglima TUDM

 
* CEMERLANG ... Tiga graduan Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Ungku Mohamad Niazam Ungku Abdul Rahman (kiri) memenangi Piala Komandan Kolej Tentera Udara, Leftenan Khairulanam Hafiy Abdullah (tengah) memenangi Piala Nuri dan Leftenan Mohamad Amirol Mohd Deran (kanan) memenangi Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara selepas Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia di Kolej Tentera Udara Alor Setar di sini hari ini. - Foto Lim Poh Chin

ALOR SETAR, SABTU, 06 Julai, 2013: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata evolusi keupayaan TUDM sudah diperkasakan daripada
segala dimensi supaya keupayaan itu dapat diperkukuhkan secara total.

Ia, katanya, merangkumi penstrukturan organisasi, perolehan aset tempur canggih, pembudayaan nilai teras dan pembangunan modal insan berkualiti.

Beliau berkata, dengan ketumbukan yang mantap, ia akan dapat meyakinkan
rakyat bahawa Angkatan Tentera Malaysia khususnya TUDM benar-benar mampu
melindungi kedaulatan dan kepentingan strategik negara.

"Ini telah dibuktikan dengan pencapaian warga TUDM menabur bakti di bawah
panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan dan Afganistan dan Tim Pemantau
Antarabangsa di Mindanao," katanya.

Rodzali berucap pada Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus
Asas Penerbangan Siri 74 dan Kursus Asas Helikopter Siri 54/12, di Kolej Tentera
Udara Alor Setar di Kepala Batas dekat sini, hari ini.

"Kecemerlangan TUDM juga terbukti semasa Operasi Daulat di Sabah baru-baru
ini di mana juruterbang TUDM yang terlatih telah membuktikan kecemerlangan mereka ketika mengendalikan pesawat dan persenjataan moden," katanya.

Beliau turut memberi amaran, bahawa TUDM tidak akan berkompromosi dengan
warganya yang melanggar disiplin penerbangan dan memudaratkan nama baik pasukan
itu.

Katanya, tindakan tegas termasuk diberhentikan daripada perkhidmatan akan diambil jika perlu.

Terdahulu, tiga pelatih terbaik menerima anugerah masing-masing iaitu bagi
kategori Terbaik Penerbangan Sayap Kaku dimenangi oleh Lt Ungku Mohamad Nizam
Ungku Abdul Rahman; Terbaik Penerbangan Helikopter, Lt Khairulanam Hafiy
Abdullah; dan Terbaik Akademik, Lt Mohamad Amirol Mohd Deran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment