My Add

Monday 29 July 2013

Ahli DAP desak adakan semula pemilihan CEC

SEREMBAN, AHAD, 28 Julai, 2013: Ahli DAP mahu parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan tidak membiarkan parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, selepas hampir tujuh bulan akhirnya Lim Kit Siang membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya, Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Katanya, sebagai seorang yang karib dengan Kit Siang, ternyata Father Chen tahu cara politik kotor yang diamalkan oleh Kit Siang.

Beliau berkata, pemimpin DAP dilihat lebih senang membiarkan parti itu dibatalkan pendaftarannya ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pemilihan CEC Disember lalu.

Beliau berkata, Penasihat DAP itu sendiri telah membuat kenyataan kepada sebuah portal berita kelmarin dengan tajuk 'DAP tidak akan terkejut jika pendaftaran parti itu dibatalkan'.

"Beliau secara tidak langsung seperti mengaku berlakunya penyelewengan dalam pemilihan CEC DAP sehingga mendorongnya membuat kenyataan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan Father Chen yang menyatakan secara terperinci penipuan dalam pemilihan CEC sejak 47 tahun lalu.

Katanya, Kit Siang perlu tampil menjawab dakwaan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa Father Chen pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP itu.

"Sehingga kini Kit Siang masih membisu mengenai laporan itu dan hanya mengesahkan kandungan buku berkenaan," ujarnya.

Kelmarin, sebuah portal berita memetik Kit Siang sebagai berkata, DAP tidak terkejut sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan oleh ROS berikutan skandal penipuan pemilihan CEC Disember tahun lalu.

David mendakwa, pembatalan pendaftaran DAP akan membolehkan pemimpinnya menutup penyelewengan yang berlaku walaupun proses tersebut adalah lebih panjang berbanding jika pemilihan semula diadakan.

"Jika pemilihan semula perlu diadakan 'dinasti Lim' mungkin tergugat dan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP sendiri mungkin tidak mendapat undi tertinggi seperti yang diperoleh pada Disember lalu.

"Besar kemungkinan Kit Siang akan 'menangis' sekali lagi untuk dapatkan simpati dari mereka yang gulungan Cina yang tidak faham undang-undang," ujarnya.

Dass berkata, sebagai ahli parti, beliau mahu pemilihan semula diadakan dan bukannya membiarkan parti dibatalkan pendaftarannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment