My Add

Monday 8 July 2013

Bayi melecur terkena air panas

Oleh SAFINA RAMLI

 
* TANGAN Nur Fatima melecur teruk ah restoran di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad laluselepas terkena air panas ketika menjamu selera di sebu.

ALOR SETAR, AHAD, 07 Julai, 2013: Seorang ibu bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas pemilik sebuah restoran di Jalan Putra di sini, yang mendakwa kecuaian pekerja menyebabkan bayi perempuannya cedera terkena air panas.

Siti Sabrina Zainul Abidin, 29, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu, semasa dia dan tujuh anggota keluarganya menjamu selera di restoran tersebut.

Beliau berkata, anak keduanya, Nur Fatima Syed Abbas Ali, 1 tahun 3 bulan, berada di sebelah adik iparnya semasa mereka membuat pesanan air minuman.

"Saya pergi ke bahagian depan untuk mengambil makanan tiba-tiba saya dengar ada kekalutan berlaku di tempat kami sekeluarga duduk.

"Saya terus pergi ke meja dan lihat anak saya terkena air panas, bila saya buka baju anak saya habis kulit di tangan dan bahagian tepi badannya tertanggal dan berwarna merah.

"Saya kesal kerana kami meminta air suam bukannya air panas, jika pekerja tersebut tidak cuai mengambil pesanan mungkin anak saya tidak cedera begini," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Menurutnya, dia bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah kepada pengusaha restoran itu agar perkara tersebut tidak berulang kepada pelanggan lain.

"Saya sudah berbincang dengan peguam mengenai perkara ini dan tindakan susulan akan diambil tidak lama lagi," katanya yang menetap di Kangar, Perlis.

Tambahnya, selepas kejadian itu dia meminta pemilik restoran tersebut meminta maaf secara terbuka kepada mereka sekeluarga dan menuntut pampasan RM10,000 sebagai ganti rugi namun pemilik restoran tersebut enggan berbuat demikian.

"Dia hanya menghantar pengurus restoran selepas kejadian berlaku dan meminta maaf kepada kami tetapi anak saya menanggung kesakitan sehingga hari ini.

"Saya terpaksa berulang-alik dari Kangar ke Alor Setar setiap hari untuk tujuan perubatan anak saya disebabkan kecuaian pekerja restoran tersebut," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment