My Add

Thursday 25 July 2013

Bicara kes Wasli diteruskan di Mahkamah Tinggi

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan kes bekas pengarah Briskmark Enterprise Sdn. Bhd., Datuk Wasli Mohd. Said yang menghadapi dua tuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM1 juta, diteruskan perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara memutuskan agar kes itu dihantar semula ke Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais dan Joyce Blasius manakala Wasli, 65, selaku responden diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Setakat ini seramai tujuh saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam kes tersebut. Pengurusan kes dijadualkan pada 31 Julai ini bagi menetapkan tarikh perbicaraan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment