My Add

Thursday 25 July 2013

Polis Marin selamatkan 9 wanita warga asing

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

KOTA KINABALU, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Tindakan pantas sepasukan anggota Polis Marin daerah Semporna berjaya menyelamatkan sebanyak sembilan wanita warga asing yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negeri ini awal pagi ini.

Kejayaan itu berhasil selepas pasukan tersebut yang terdiri daripada lima anggota menahan sebuah bot panjang di pantai Kampung Panji, Semporna pada pukul 5.30 pagi.

Pemangku Komander Polis Marin Wilayah Sabah, Deputi Supritendan Husaini Zainal Abidin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang menggunakan tiga enjin itu mendapati sembilan wanita warga asing berusia antara 24 hingga 33 tahun cuba dibawa masuk ke negeri ini.

Menurutnya, bot tersebut telah dikesan semasa hendak mendarat di satu lokasi agak tersorok di Kampung Panji dengan membawa wanita dari negara jiran.

"Dalam tangkapan itu, polis turut menahan seorang juragan yang berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Kampung Halo, Semporna dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

"Selain juragan itu, seorang lagi lelaki berusia 42 tahun turut ditahan yang dipercayai warga asing dan bertindak sebagai pembantunya," kata beliau ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment