My Add

Wednesday 17 July 2013

CEO Maybank Islamic tokoh bank Islam terbaik

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Bhd., Muzaffar Hisham, telah berjaya menggondol anugerah Tokoh Bank Islam Terbaik kerana sumbangannya yang cemerlang dalam memajukan kewangan Islam di rantau ini.

Anugerah itu diberikan oleh Asset Triple A Islamic Finance Awards 2013.

"Muzaffar, yang menyertai Maybank Islamic Bhd pada 2011, dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan perniagaan perbankan Islam kumpulan," kata Maybank Islamic Bhd dalam satu kenyataan.

Bersama anugerah ini, Maybank Islamic Bhd turut memenangi dua anugerah lain iaitu Bank Runcit Islam Terbaik, Malaysia dan Bank Kewangan Perdagangan Islam Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Maybank Islamic Bhd, pada masa ini merupakan bank Islam terkemuka di Asean dan bank Islam terbesar di Malaysia, berjaya berada di kedudukan teratas dengan menunjukkan kadar pertumbuhan dua digit dalam pembiayaan, deposit dan saiz aset yang kini bernilai RM90 bilion. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment