My Add

Wednesday 17 July 2013

Pelajar gagal ke universiti akan dibantu - PM

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Kabinet akan membincangkan isu berhubung pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti awam minggu ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tahu sesetengahnya kecewa kerana tidak mendapat tempat di universiti tetapi jangan putus asa.(Perkara itu) akan dibincangkan di Kabinet minggu ini mengenai cara terbaik membantu pelajar berkenaan," katanya dalam tweetnya hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, 18,000 pelajar gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) walaupun mereka memenuhi syarat dan meminta mereka membuat rayuan.

Seramai 68,702 memohon untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014 tetapi hanya 41,573 mendapat tawaran di IPTA, demikian diumumkan Jabatan Pengajian Tinggi Khamis lepas. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment