My Add

Sunday 21 July 2013

Tidak setuju haram shisha

Oleh SYUKRI SHAARI

 * SUASANA di sebuah kedai di Kangar semalam yang menyaksikan orang ramai terus menghisap shisha meskipun ia telah diharamkan. - MINGGUAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Julai, 2013: Walaupun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat ketetapan bahawa haram menghisap dan menyediakan kemudahan shisha, masih ramai yang tidak menghiraukannya.

Tinjauan Mingguan Malaysia di kawasan tumpuan penghisap shisha di ibu kota mendapati, tabiat berkenaan masih berleluasa, malah dalam kalangan orang Islam juga seperti tiada bezanya.

Rata-rata dalam kalangan 'penghisap tegar' shisha memberitahu mereka kurang bersetuju dengan fatwa tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi sama ada mereka akan berhenti daripada menghisap shisha atau sebaliknya.

Seorang peniaga, Haziq Ahwan berpendapat, shisha tidak sepatutnya diharamkan dan bergantung kepada individu sama ada mahu hisap atau tidak seperti rokok.

"Benda ini bergantung, kalau hisap sampai tidak ingat dunia memang membahayakan diri tetapi kebiasaannya rakyat kita bukan hisap setiap hari. Jadi, saya tidak rasakan shisha benar-benar memudaratkan," katanya.

Seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Naza juga sependapat apabila mempertikaikan kenapa rokok tidak ditetapkan dengan fatwa yang sama.

"Saya kurang bersetuju. Lebih ramai yang hisap rokok berbanding shisha, kenapa tidak diharamkan juga rokok sama seperti shisha.

"Memang ada negatifnya tetapi sekiranya mahu diharamkan, biar sampai ke akar umbi," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment