My Add

Monday 8 July 2013

KDN rampas akhbar pembangkang langgar akta

KUANTAN, ISNIN, 08 Julai, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 126 naskhah akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di empat premis di sini hari ini kerana mnelanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan 2012).

Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Pahang, Azilah Madulan berkata, sebanyak 100 naskhah Suara Keadilan dan 26 naskhah Harakah dirampas dalam pemeriksaan sepasukan anggota KDN bermula pukul 10 pagi di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan Indera Mahkota di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment