My Add

Friday 5 July 2013

Gagal patuhi ciri keselamatan punca tanah runtuh

KOTA BHARU, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Siasatan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mendapati, kegagalan majikan menyediakan ciri-ciri keselamatan di tempat kerja menjadi punca berlaku kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa tiga pekerja Myanmar di Ukay Perdana, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Dr. Johari Basri berkata, kawasan tanah runtuh itu tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk menghalang berlaku runtuhan selain ruang yang sempit untuk pekerja menyelamatkan diri sekiranya berlaku sebarang musibah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para majikan supaya sentiasa mengutamakan faktor keselamatan di tempat kerja seperti yang ditetapkan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

"Daripada siasatan awal kita tengok mungkin ada persediaan keselamatan tetapi tidak mencukupi oleh majikan di mana mereka bekerja dalam ruang terkurung, perlu adakan sistem di mana kemungkinan tanah itu akan runtuh," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian itu pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Peringkat Negeri Kelantan di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment