My Add

Friday 5 July 2013

Geng curi 'susu kangkang' kembali aktif

MUAR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Kumpulan mencuri susu kanak-kanak berjenama kembali aktif menyebabkan sebuah pasar raya di daerah ini mengalami kerugian sebanyak RM5,000 selepas 40 tin susu berjaya dilarikan minggu lalu.

Modus operandi kumpulan berkenaan adalah menggunakan tiga kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dan menyembunyikan susu seberat 1.8 kilogram setiap tin dalam seluar tiga wanita yang memakai jubah.

Pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang berkata, kejadian kira-kira pukul 7.20 malam Sabtu lalu itu disedarinya selepas pengiraan stok dan pada masa sama menerima maklumat dari sebuah pasar raya lain yang terlebih dahulu mengalami kes serupa.

Beliau segera mengarahkan kakitangan memeriksa rakaman kamera tertutup (CCTV) dan melihat seramai 12 orang yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima perempuan memasuki pasar raya berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Kumpulan ini sangat licik dan kita dapat melihat setiap tindakan mereka melalui rakaman CCTV. Mereka mempunyai taktik sendiri dan berlagak seolah-olah pelangggan dengan pakaian yang tidak mendatangkan curiga kepada sesiapa.

“Mereka berpura-pura seperti membeli barang dan menggunakan bungkusan biskut untuk melindungi susu dalam troli, lalu dibawa ke sudut yang tersembunyi sebelum dimasukkan ke dalam seluar tiga wanita secara bergilir-gilir dibantu dua lelaki," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini dan usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan. Kes ini disiasat mengikut Sekysen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment