My Add

Wednesday 10 July 2013

Hilwah labur RM1 juta pasar kurma sepanjang Ramadan

KUALA TERENGGANU, SELASA, 09 Julai, 2013: Hilwah Trading Sdn. Bhd., syarikat milik penuh bumiputera di sini, melabur lebih RM1 juta bagi pemasaran buah kurma pada bulan Ramadan ini.

Pengurusnya, Abdullah Salah berkata, buah kurma berkenaan diimport terus dari negara-negara timur tengah dan juga Amerika Syarikat.

"Selain untuk pasaran Terengganu, buah kurma ini juga dibekalkan kepada peniaga-peniaga di Pahang dan Kelantan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, kurma yang dijual dari RM6 sekilogram sehingga RM150 sekilogram itu, dibawa masuk sejak sebulan lepas dan syarikat mengambil kira-kira 100 pekerja bagi menjalankan perniagaan itu sepanjang Ramadan kali ini.

Abdullah berkata, perniagaan kurma merupakan warisan keluarga sejak 1993 dan kini berkembang ke perniagaan lain seperti barang-barangkeperluan haji, buku agama dan minyak wangi.

Beliau berkata, yang terbaru, syarikat membuka Restoran Al-Kathiry yang menyajikan masakan Arab sejak dua bulan lepas.

Abdullah berkata, beliau melabur lebih RM500,000 untuk membuka restoran tersebut dan membawa masuk tiga tukang masak dari Yaman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment