My Add

Wednesday 10 July 2013

PKS boleh jadi multinasional dengan strategi produk baik: MATRADE

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Julai, 2013: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh menjadi syarikat multinasional di masa depan jika mereka melaksanakan strategi yang betul untuk menjenamakan produk dan perkhidmatan mereka, menurut Perbadanan Pembangunan Dagangan Luar Malaysia (MATRADE).

"Dengan penjenamaan yang baik dan sesuai, PKS boleh menembusi pasaran dan bersaing dengan peserta yang lebih besar di dalam industri," kata Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport, Datuk Dzukifli Mahmud pada pelancaran awal Persidangan Usahawan Jenama 2013 untuk diadakan di sini pada 29 Ogos.

Acara itu adalah usaha sama antara MATRADE dan Persatuan Penjenamaan Malaysia.

Presidennya, Datuk Eric Chong berkata: "Acara itu juga termasuk sesi pemadanan dagangan di mana syarikat tempatan akan membina hubungan perniagaan dengan peserta lain."

Selain peserta tempatan, peserta lain termasuk dari ASEAN, Timur Tengah, New Zealand dan Afrika.

Penceramah termasuk pengarah urusan kumpulan Eversendai Corp Bhd, Tan Sri AK Nathan, Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Ketua Pegawai Pemasaran Maybank, Mohamed Adam Wee.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.brandingmalaysia.com. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment